logo keADILanlogo PASlogo DAPlogo PRM

PILIHANRAYA KECIL KERUSI PARLIMEN P119 TELUK KEMANG
Selamat Datang ke Laman Web Barisan Alternatif

Muka Pertama | Biodata Calon | Aktiviti & Ceramah | Wadah Rakyat | Forum Terbuka | Link-Link Utama | Alamat Perhubungan | Siaran Akhbar

animasi

SUMBANGAN KEWANGAN PRAYA TELUK KEMANG

Assalamu a'laikum wrt. dan Salam Sejahtera,

Kami amat mengalu-alukan sumbangan kewangan dari penyokong reformasi bagi membantu kami dalam menumbangkan BN di dalam Pilihanraya P119 Teluk Kemang pada 10 Jun nanti. Hantarkan sumbangan anda segera!

Bantuan kewangan boleh di masukkan terus ke akaun:

Malayan Banking Bhd
A/C #: 1-14196-362885
Abdul Latif bin Kamaruddin
(Pen. Bendahari - AJK INDUK PILIHAN RAYA TELUK KEMANG)

Utk maklumat lanjut, hubungi:

Bilik Gerakan Utama BA Taman Bunga Kertas, 
Batu 10, Jalan Pantai,  PD
Tel: 06-662 1511/1611/1711

Terima kasih & Jazakumullahu khairan. 

 

SURAT DARI ANWAR IBRAHIM

SURAT DARI ANWAR IBRAHIM

 

Saudara-Saudari pengundi kawasan PARLIMEN TELUK KEMANG. Assalamualaikum dan salam sejatera .

Sekarang Teluk Kemang memdapt perhatian. Bantuan mangsa JE yang lama telah terabai dan ditangguhkan dengan terburu-buru diberikan. Jalan-jalan kampung dan jalan diestet ditar dan diperbaiki oleh Kerajaan BN. Pembesar negeri dan pusat akan bergegas berkunjung membuat janji dan menabur projek. Inilah yang dikatakan tradisi menemui rakyat sebelum pilihanraya.

Apakah hanya dengan projek , jalan tar dan tanah tanah merah boleh mengabui mata rakyat dari persoalan pokok yang harus dibicarakan? Apakah wajar minda dan fikiran kita diperangkap oleh media rasmi BN yang dikuasai oleh kerajaan BN dan kroni saudagar kaya di kalangan dikalangan mereka? Pandang lain, meskipun benar dipadamkan. Pandangan BN, meskipun fitnah, ugutan, propoganda murahan yang memualkan terus dihidangkan. Media alternatif termasuk keADILan dan Harakah dihadkan pengedarannya seluruh jentera kerajaan, termasuk Cawangan Khas Polis dijadikan ala dan perkakas politik.

Mengapakah had sedemikian harus berlaku? Mengapakah cara menekan, mengugut, menyekat kebebasan media yang diamalkan oleh penjajah Inggeris terus terus diamalkan? Jelas sekali kerana kebebasan bererti rakyat berhak mendapat maklumat, lebih arif mengenai dasar dan amalan nepotisme dan kronisme, insaf akan kezaliman dan rasuah yang merebak secara meluas dalam negara, dan sedar bagaimana Agama dan budaya dipersendakan.

Saya percaya saudara-saudari di Teluk Kemang menyedari bagaimana tanah negeri dan tanah rakyat diagihkan kepada saudagar kaya terpilih, walhal tanah lot untuk rakyat sukar diperolehi oleh anak tempatan. Saudara-saudari juga mengetahui bagaiman dua tiga kerat tokoh politik dan saudara politik dan saudagar kroni mempunyai kekayaan menimbun, disebaliknya rakyat bawahan dikalangan pegawai, guru peniaga, peladang dan petani diabai. Jika pemimpin besar seperti Dato’ Ser Dr. Mahathir sendiri boleh mengagih berbilion ringgit wang negara dan Petronas untuk anak-anak, keluarga dan kroni melalui skim menarik atas nama langkah penyeamat (bailout), penswastaan, kontrak, saham, maka pemimpin negeri dan bahagian mampu ikut teladan sahaja, yang ada dalam parti ialah budaya amin dan angguk sahaja asalkan sama-sama kaya dan senang. KeADILan bersama Basiran Altanatif, PAS, DAP dan PRM telah bermuafakat mengemukakan pilihan dengan ikrar tegas menentang kezaliman dan rasuah, menegak keadilan dan membela nasib rakyat. Ini jelas dalam dasar, agenda keADILan dan manifesto bersama BA. BN cuba melaga-lagakan dengan menyatakan kononnya keADILan akan hanya mengemukakan isu Anwar. Rakya berhak memperjuangkan keadilan. Apakah mahu BN nafikan bahawa saya dipukul, ditelanjangkan, didera atas arahan Perdana Menteri? Dan fitnah yang menjadi kebiasaan mereka di kembangkan sehingga kini cuba mengaibkan isteri saya Azizah dan anak saya Nurul Izzah. Ini membuktikan bahawa BN ketandusan idea, terdesak dan akan menghalalkan apa cara jua untuk mempertahankan kuasa dan membalikan mereka memenuhi tembolok nafsu tamak dan serakah mereka.

Calon keADILan saudara Ruslan Kasim –seorang peguam, pendawah dan pembela nasib rakyat semua kaum. Beliau pastinya memperolehi pendapaan lumayan serta kedudukkan penting andaikata sanggup mengorbankan prinsip dan bersekongkol dengan pemimpi UMNO dan BN. Tetapi beliau memilih untuk mempertahankan prinsip perjuangan, menolak rasuah dan kezaliman BN. Parlimen sudah dipenuhi dengan tukang angguk, membisu terhadap rasuah yang nyata termasuk melalui dokumen yang dikemukakan. Parlimen, utamanya wakil Teluk Kemang perlu menyuarakan kepentingan rakyat , isu pembahagian tanah , peluang perniagaan, kemudahan asas, mutu kehidupan, keluhuran hidup beragama, perpaduan antara kaum. Inilah sebabya menapa saudara Ruslan diketengahkan.

Saya ingin merayu kepada rakan-rakan melayu, cina, dan india untuk memberikan sokongan padu kepada calon keADILan. Utamakan calon yang mengutamakan kepentingan dan perjuangan rakyat, saudara Ruslan Kassim.

Kepada Allah SWT kita pohon petunjuk.

Dan salam hormat

 

 

 

( Anwar Ibrahim )