Tarikh  :  11hb Jun 2000
 

Kepada

1. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan YDP PAS Kawasan T.Kemang
2. Pengerusi Perhubungan DAP Negeri Sembilan
3. Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri-Negeri
4. Pengarah-Pengarah Bilik Gerakan DUN
5. Petugas-Petugas Bilik Gerakan Utama
6. Petugas-Petugas Pilihanraya Kecil Parlimen P119 Teluk Kemang

Tuan / Puan

PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS-PETUGAS
PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN P119 TELUK KEMANG

Perjuangan memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan tanpa mengenal kekecewaan.

Bagi pihak Parti Keadilan Nasional, Negeri Sembilan dan Bahagian Teluk Kemang,  saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas dari keADILan, PAS, DAP, PRM dan rakan-rakan seperjuangan yang lain di atas segala usaha serta komitmen tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang Pilihanraya Kecil P119 Teluk Kemang.

Dengan kejayaan kita mengurangkan majoriti BN sebanyak hampir 4,000 undi menunjukkan bahawa cahaya kemenangan telah pun terserlah di dalam pilihanraya yang lalu.  Teruskan usaha di dalam memperjuangkan keadilan di bumi Malaysia ini demi keharmonian sejagat.

Semoga segala usaha kita diterima dan diberkati Allah hendaknya.

Sekian,  terima kasih.
 

“MUAFAKAT MEMPERKASA WADAH”
 

Yang benar
 
 

RUSLAN HJ KASIM
Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Sembilan
Merangkap Calon Barisan Alternatif Parlimen P119 T.Kemang

Sk : Presiden Parti Keadilan Nasional
       Setiausaha Agung